Donald Trump tidak boleh terima hakikat kekalahan

Donald Trump tidak boleh terima hakikat kekalahan

Presiden Donald Trump sehingga kini masih enggan mengaku kalah dalam saingan Pemilihan Presiden 2020.

Bagaimanapun, pilihan jelas terbentang di hadapannya memandangkan calon Demokrat Joe Biden bakal menduduki Rumah Putih untuk penggal 2020 hingga 2024.

Selepas empat hari kiraan undi dilakukan yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Biden, Trump menjelaskan perlumbaan itu masih belum berakhir.

Trump turut melemparkan tuduhan bahawa pilihan raya itu tidak adil dan undi tidak sah juga dikira.

Beliau berikrar akan mengambil tindakan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam ciapan Twitternya.

Sementara itu, beberapa individu rapat trump termasuk sekutu Republikan menggalakkan Trump supaya mengalah bagi memberi ruang kepada kelancaran proses peralihan.

Bagaimanapun, Trump setakat ini belum secara rasminya mengaku kalah, namun akan mengosongkan Rumah Putih pada akhir penggal.

Terdapat juga perbincangan mengenai kemungkinan Trump membuat penampilan semula sebagai calon Republikan bagi Pilihan Raya Presiden 2024.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/as-memilih-trump-masih-belum-akui-kekalahan-267550