Doktor pakar maut setelah 2 tahun rawat pesakit Covid-19

Kes

Dua tahun merawat pesakit Covid-19 akhirnya doktor pakar meninggal dunia akibat dijangkiti virus itu.

Menurut laporan The Guardian, Dr. Irfan Halim sebelum ini terpaksa berpisah dengan keluarga selama empat bulan ketika pandemik melanda dunia.

Dr. Irfan didapati pengsan pada 10 September lalu ketika sedang bertugas di Hospital Swindon selepas dijangkiti Covid-19.

Dia kemudian dirawat di unit rawatan rapi di Swindon hingga 23 September lalu, sebelum dipindahkan ke The Royal Brompton di London.

Dr. Irfan menerima rawatan extracorporeal membrane oxygenation (ECMO), sebuah mesin sementara bagi menggantikan fungsi jantung dan paru-paru.

doktor

Beliau adalah perunding pakar bedah am yang sudah bekerja dalam bidang perubatan selama 25 tahun. Seorang yagn dianggap rajin dan luar biasa.

Bapa empat anak itu adalah pakar dalam pembedahan laparoskopi dan bekerja di Harley Street.

“Dr. Irfan sangat dicintai dan menyentuh kehidupan ramai orang.

“Sayangnya dia diambil terlalu cepat daripada individu yang mencintainya.

“Dia bukan hanya seorang suami yang pengasih, ayah yang setia untuk empat anak kecil, tetapi juga manusia luar biasa bagi semua orang yang pernah bertemu dengannya,” kata rakan sekerjanya.

 

BACA JUGA :

Malaysia bakal hadapi gelombang baharu Covid-19 dua minggu lagi

9 beranak muntah darah makan cendawan

Ahli Parlimen enggan divaksin tidak akan terima gaji

COMMENTS

Wordpress (0)