Doktor ini kongsi kisah bayi tiada tempurung kepala, rupanya ini yang si ibu buat sampai jadi begitu.
Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil
sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
GDM biasanya dapat dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi dalam kandungan seperti perkongsian menyayat hati Dr Muhammad Izzat.
Menerusi hantaran itu, beliau menjelaskan ketika sedang memeriksa keadaan bayi menggunakan mesin, ia agak sukar untuk diukur saiz kepada bayi tersebut.
Jelasnya, keadaan ini sering terjadi kepada bayi yang tiada tempurung kepala dan kejadian ini disebabkan oleh kencing manis yang dihidapi oleh si ibu.
Puas digodek-godek mesin scan. Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby. Patutla Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby. Baru saya faham kenapa Dr tersebut mohon second opinion.
Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.
Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti. Seakan-akan anencephaly ( baby tiada tempurung kepala) Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti. Semuanya bersependapat.
“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”
“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”
“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”
“Oh yang tu saya tak pergi”
Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.
“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”
Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir
“Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu” Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.
“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan.
Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal”
“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”
Check HbA1c = 13%
PENTING KAWAL KENCING MANIS, ELAK KECACATAN LAIN
Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yangg mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.
1. Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa.
2. Kalau tak ada kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde.
3. Ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan.
4. Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
5. Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.
BACA:
Kenapa orang Malaysia mudah tertipu dengan penampilan Ustaz ‘acah-acah’ alim yang ramai tak tahu