Baru-baru ini, tular mengenai penahanan seorang pelawak yang juga bekas peserta
program realiti komedi tempatan, yang ditahan polis atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 20-an di Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan bahawa
suspek yang berusia lingkungan 40-an itu telah direman selama lima hari bermula semalam hingga 2 Disember bagi siasatan lanjut.
Berita tersebut menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen, sehingga ada yang membuat andaian sendiri
Dan menamakan beberapa individu walaupun tiada maklumat rasmi dari pihak polis.
Melalui aplikasi Instagram, pelawak Tauke tampil dengan sebuah video yang seolah-olah menafikan dirinya terlibat dalam penangkapan tersebut.
Video itu memaparkan Tauke sedang santai menikmati minuman di Al-Ulum iMart & Cafe.
Namun, di ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa individu dalam video tersebut bukanlah Tauke dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat tuduhan tanpa bukti yang sah.
BACA: Ini motif sebenar China pilih Malaysia sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina