”Disini Melayu, Cina dan India Malaysia bersatu padu”

Bila masuk kerja singapore, baru nampak orang Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India yang dari Malaysia dan bekerja di sana bersatu.

Member masuk Singapore kerja, masa nak balik tetiba sangkut dekat imigresen sebab ada saman ERP, duit dolar SGD dan RM memang tak ada time tu sebab belum gaji. Cina dari Malaysia tolong bagi 20sgd bayar saman. Katanya ‘ kita sama orang Malaysia juga, mesti kena tolong sama2’.

Member sorang lagi tersilap masuk parking kereta nak kena bayar 3.7dolar sgd. Tapi dalam kad memang tak cukup. Tup tup supervisor India tu datang tanya. Last sekali ayat yang sama juga dia bagi. ‘Sama2 malaysia mesti kena tolong juga, dulu saya pun macam ni juga’.

”Disini Melayu, Cina dan India Malaysia bersatu padu”

Aku pula moto tetiba down masa kat kastam Singapore. Orang pertama berhenti motor sebelah aku cina muda lagi, tatu penuh tangan macam gangster, dalam hati dok ingat nak kena samun dah sebab waktu malam. Rupanya nak tolong tolak. Tolak sampai rumah aku terus.

Memang kalau dah nama MALAYSIA, tak kira MELAYU, CINA dan INDIA Mesti akan tolong menolong di sana (Singapore).

Sepatutnya yang tiup api perkauman ni yang perlu dihantar balik agar PERPADUAN SESAMA KAUM TERUS KEKAL DI MALAYSIA.

Selamat Bulan Merdeka dari saya.

Bekas guru

Sumber :

BACA JUGA : Mengapa bekas menteri bawa pelaburan RM82 bilion dari Turki tak dilantik?