Dilema wanita bernama unik ‘D’

Dilema wanita bernama unik ‘D’

Seorang gadis dari Indonesia yang mempunyai nama unik iaitu D mengakui berdepan banyak kesukaran akibat nama itu, lapor laman berita Solopos.com, semalam.

Menurut D,20, yang berasal dari Kota Pemalang, antara cabaran utama adalah melayan pelanggan di stesen minyak tempat dia bekerja apabila mereka sering mengajaknya berbual.

Ada masanya, seorang pelanggan mengambil masa lama berborak di kaunter dan membuatkan garisan beratur menjadi panjang lalu menimbulkan kekecohan.

d

“Dahulu, sebelum kisah nama saya tular, orang sering menganggap saya silap tulis nama jika mengisi apa-apa borang kerajaan.

“Sekarang, ramai pula yang ajak bercerita tentang asal usul nama sehingga mengganggu pekerjaan,” ujarnya.

Tambah D yang baru berkahwin awal tahun ini, dia pernah menyembunyikan nama sebenarnya daripada suami kerana berasa segan.

Sementara itu, bapa kepada D berkata, dia menamakan anaknya itu dengan abjad tersebut bersempena dengan kedudukan gadis itu sebagai anak keempat dalam keluarga, selain D adalah huruf keempat.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/30/rimas-jadi-tumpuan-kerana-miliki-nama-d/

BACA JUGA : Kerana Pengumuman PM, pejabat MP Parit Buntar kena serbu