Dilarang mendaki 5 tahun kerana tipu sakit demi video TikTok

mendaki

Dilarang mendaki 5 tahun kerana tipu sakit demi video TikTok.Demi video TikTok, seorang pendaki di Jawa Tengah, Indonesia sanggup berpura-pura sakit ketika mendaki gunung.

Iqbal Fauzi Pratama menipu petugas gunung kononnya kakinya sakit ketika mendaki Gunung Sindoro.

Dia dibantu dengan menaiki kenderaan khas namun tiba di base camp lelaki itu kelihatan sihat dan berjalan seperti biasa,

Ketua Base Camp Ndoro Arum Jalur Pendakian Gunung Sindoro, Dwi Andika mengesahkan Iqbal dilarang mendaki gunung terbabit selama lima tahun kerana perbuatannya itu.

Katanya, Iqbal turut melanggar peraturan lain termasuk tingkah laku tidak sopan kepada petugas dan masyarakat setempat.

mendaki

“Walaupun sudah terima permohonan maaf darinya, hukuman tetap berjalan bagi memberi pengajaran,” katanya dalam Kompas.com.

Sementara itu, Iqbal membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya itu.

“Saya memohon maaf atas tindakan saya yang menipu petugas gunung semata-mata untuk kandungan TikTok.

“Saya mengajak semua rakan pendaki untuk tidak mencontohi perbuatan saya ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/745773/tipu-demi-video-tiktok

BAca: Bakal sertai kabinet Ismail Sabri? Ini jawapan Tengku Zafrul