Dikecam teruk “tunggang agama” buat selipar, ini jawapan sentap dari neelofa dan fipper

Dikecam teruk “tunggang agama” buat selipar, ini jawapan sentap dari neelofa dan fipper

Sehingga ke hari ini, nama Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor menjadi sebutan hangat netizen selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Pada 5 April yang lalu, Neelofa telah melancarkan selipar ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper. Selipar berkenaan yang dijual pada tanda harga RM79.90 sepasang dirasakan mahal oleh sesetengah individu.

Neelofa accused of ‘exploiting religion’ with launch of RM79.90 sandals touted as ‘Muslim-friendly’ https://t.co/Cx3MdkooP1

The so-called “exclusive” sandal is a collab between her brand The Noor with local footwear maker Fipper, whose usual items sell for as cheap as RM16.90. pic.twitter.com/4ow7vqUgON

 

Selipar jamban harga 79.90. It better can protect u from saiton in the toilet

 

Namun, apa yang menarik perhatian serta menjadi persoalan netizen ialah spesifikasi selipar tersebut yang dikatakan ‘Mesra Muslim’ sedangkan apabila dilihat reka bentuk selipar tersebut boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja dengan selipar lain yang ada di pasaran.

Selipar mesra muslim katanya.Kolaborasi Flipper dan Neelofa.Selipar pon ada mesra muslim tuan2.Tak lama lagi mungkin akan ada topi vintage patuh syariah pic.twitter.com/6XgE7ucaDy

 

Selipar pun ada muslim friendly ke? Selipar ni tegur ke kalau sarung kaki kiri dulu? “Astaga tuan, sarung kanan dulu!…jgn lupa baca doa masuk tandas..langkah kiri ye masuk tandas..assalamualaikum tuan” pic.twitter.com/QmaZZigvgt

 

Lantaran isu ini menjadi bualan serius netizen, Fipper dalam satu kenyataan media telah menyatakan bahawa terma ‘Mesra Muslim’ itu merujuk bahawa produk selipar Slip On Fipper x TheNoor ini sesuai untuk kegunaan serta imej Muslimah yang memakai stokin. Fipper juga memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Posted by Fipperslipper on Wednesday, April 7, 2021

Namun begitu, ‘nasi sudah menjadi bubur’ dan berikutan kontroversi itu, ada segelintir netizen mahu memboikot semua jenama yang berkaitan Neelofa termasuk hasil kolaborasi beliau bersama syarikat terkemuka tempatan yang lain.

Sorry Neelofa. I adore gila dgn u since u dah berhijrah. I support all your products included tudung Naelofar & Kasih Neelofa. But this time I really disappointed with u. Cara u sangat berlagak & takbur. I terpaksa boikot semua product u. It’s better Fazura than you!

 

Benda yang aku nak elak dan boikot:
1. Chatime
2. Susu Nilofa
3. Scented Candle Nyala
4. Daging Harimau Menangis Kartini
5. Perfume Neelofa
6. Fipper
7. Tudung & Sejadah etc. Naelofar
8. FashionValet & Duck Scarves
9. Leeyanarahman

Anything that I should add to the list?

 

Semoga Neelofa terus cekal menghadapi dugaan ini dan berharap situasi tegang antara beliau dan netizen akan segera pulih dalam masa terdekat.

Sumber:https://www.thevocket.com/fipper-jawab-isu-selipar-muslim-friendly-edisi-khas-thenoor/