Didakwa terlalu kasar dengan Fasha Sanda sampai berdarah mata, akhirnya Azhan Rani buat kenyataan ini.Pelakon Azhan Rani, 47, menunggu masa sesuai untuk menjelaskan insiden menimpa gandingannya dalam telefilem,
Anak Tuan iaitu Fasha Sandha, ketika mereka beraksi dalam penggambaran naskhah itu di Johor Bahru, Johor, kelmarin.
Azhan menunggu kontroversi kecederaan dialami Fasha reda dan teman seperjuangannya itu pulih,
sebelum memberi kenyataan mengenai kemalangan yang mengakibatkan tulang mata kiri aktres terbabit patah dan bebola mata berdarah.
“Insya-Allah, apabila Fasha sudah pulih dan keadaan reda, saya sedia beri kenyataan.
“Apa-apa pun, hanya yang berada di set penggambaran dan apa dialami tuan badan adalah tidak sama dengan penilaian orang luar.
“Namun, saya santuni segala pendapat dan kecaman yang dilemparkan terhadap saya. Tidak mengapalah… Setiap orang berhak bercakap,” katanya kepada BH Online.
Kelmarin, Fasha Sandha berkongsi klip video kemalangan kecil di set penggambaran telefilem Anak Tuan arahan Along Kamaluddin.
Melalui paparan rakaman video itu, Fasha dilihat ditolak Azhan sehingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja. Fasha dilihat meraung kerana menahan kesakitan daripada kecederaan dialami.
Berikutan itu, Azhan dikecam netizen yang mendakwa dia bertindak keterlaluan dalam menghidupkan babak berkenaan.
Tindakan Azhan yang berdiam diri selepas insiden itu turut dicemuh netizen.
Azhan berkata, dia berdiam diri selepas insiden membabitkan Fasha itu hangat diperkatakan, bukanlah kerana mahu lari daripada masalah.
“Jika saya cakap kecederaan itu berlaku disebabkan masalah teknikal, saya dituduh ingin membela diri pula.
“Jadi untuk tahu apa yang berlaku pada hari itu, lebih baik bertanya kepada syarikat produksi. Saya bimbang kenyataan tidak tepat dan disalah anggap.
“Saya faham tindakan berdiam diri membuatkan ramai berbalah hingga membuat pelbagai spekulasi terhadap saya, tidak kiralah netizen atau artis,” katanya.
Azhan berkata, dia belum sempat melawat Fasha selepas insiden itu.
“Setakat ini, Fasha dan saya okay sahaja. Melalui perbualan WhatsApp, saya boleh katakan Fasha okay. Cuma Fasha perlu rehatkan matanya agar bengkak surut.
“Namun, biarpun dalam keadaan itu, Fasha masih berkobar-kobar menyambung penggambaran. Bagaimanapun, syarikat produksi mahu Fasha pulih dahulu,” katanya.
Petang semalam, Azhan melalui entri Instagram (IG) memberitahu dia dapat mengagak telefon pintarnya dibanjiri kisah Fasha yang kemalangan ketika penggambaran.
“Tidak banyak yang boleh aku katakan, perkara sudah terjadi. Tidak ada siapa yang mahukan kemalangan terjadi.
“Seperti kata tuan punya diri dan syarikat produksi, masing-masing sudah sedaya upaya mengelak sebarang kecederaan.
“Latihan sudah dilakukan, aksi yang diarah dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segala-galanya teknik sahaja. Tetapi kalau sudah tertulis itulah suratan, siapa yang tidak luluh dan patah hati menghadapi keadaan ini,” katanya.
Tulis Azhan lagi, apa yang terbaik sekarang adalah doa dan rawatan buat Fasha.
“Fasha sangat komited dan aku tahu dia sayang dengan watak Ana dalam telefilem ini. Dia jatuh terkena bucu katil, dia yang minta maaf sebab takut lambatkan ‘shooting’,” katanya sambil menambah biarpun cedera,
Fasha meminta dirinya agar jangan pulang ke Kuala Lumpur kerana mahu menyambung penggambaran.
BACA:
Rupanya 10 artis ini bekas Ratu Cantik Malaysia, no.8 tu paling ‘legend’ ada yang kenal ke?