Didakwa rogol remaja OKU lembam, jurukimpal di Kelantan ditahan polis

Seorang jurukimpal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) lembam di sebuah rumah tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zul Amri Mohamed, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 18 tahun.

Didakwa rogol remaja OKU lembam, jurukimpal di Kelantan ditahan polis

Mohd. Zul Amri (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi pertuduhan merogol seorang remaja OKU lembam tahun lalu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Gunong, Bachok kira-kira pukul 4.45 petang pada 27 Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan serius selain polis menghadapi kesukaran untuk menangkap Mohd. Zul Amri untuk menjalankan siasatan sebelum ini.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/18/jurukimpal-didakwa-rogol-remaja-oku-lembam/

BACA JUGA : Penganggur digantung sampai mati, bunuh abang ipar cuba rogol adik perempuan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Didakwa rogol remaja OKU lembam, jurukimpal di Kelantan ditahan polis […]