Didakwa miliki banglo, Syed Saddiq tunjuk rumah sewa 3 bilik tak ada kolam

Didakwa miliki banglo, Syed Saddiq tunjuk rumah sewa 3 bilik tak ada kolam.Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau memiliki sebuah banglo.

Sebaliknya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu mendedahkan bahawa beliau menyewa rumah banglo terbabit.

“Ini rumah sewa. Bayar setiap bulan. Rumah tak da kolam renang. Ada tiga bilik dan pejabat.

“Bila jadi menteri, ditawarkan tanah tapi saya tolak. Rumah banglo menteri pun saya tolak. Saya pilih opsyen sewa rumah,” ciapnya menerusi Twitter pada malam Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pengguna Twitter yang menggunakan nama Mario dan mempersoalkan pengisytiharan harta dibuati Syed Saddiq berjumlah RM722,312 pada 2019.

Didakwa miliki banglo, Syed Saddiq tunjuk rumah sewa 3 bilik tak ada kolam

@syedsaddiq Saya bagi tour sendiri rumah sewa saya. Saya tunjuk secara telus apa yang saya ada. Tapi ahli politik BN/UMNO lain bila nak siasat? #fyp ♬ INDUSTRY BABY – Lil Nas X & Jack Harlow

Pemilik akaun Twitter terbabit turut memuat naik gambar rumah banglo tersebut yang didakwa dilengkapi kolam renang mudah alih.

Kata Syed Saddiq, beliau pada 2019 juga menjadi menteri pertama mengisytiharkan jumlah aset peribadinya.

BACA JUGA : Disangka gergasi laut, pakar akhirnya dedah rahsia disebalik objek misteri

Anak terperangkap dalam lubang konkrit, ibu gajah menangis minta bantuan curi tumpuan

Jawapan anak Shuib mengapa tak nak ibu tiri buatkan netizen tersenyum

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)