Assalamualaikum min, saya mahu tanya dan minta pendapat daripada orang2 yang tahu..
Macam ni, saya kawin dengan suami atas suka sama suka, 6 bulan saya dengan suami. Baru tahu pekerjaan dia tak halal.
Selama ni dia cakap dia kerja pemandu teksi. Rupa2nya itu hanya untuk, cover job sebenar dia. Sebenarnya dah 8 tahun dia kerja judi, jadi agent 4D, ejen nombor.
Bukan dia tak mahu berhenti, tapi dia dah berhenti lepas tu kena tangkap dengan polis. Bos dia ugut kalau berhenti lagi dia akan kena tangkap lagi.
Sekurang2nya setahun lagi, baru dia boleh berhenti, ya Allah. Hanya Allah tahu luluh hati dan jantung saya, selama ini benda yang saya paling elak adalah hrta haram kerana tiada.
ampunan (mensucikan daging kita) bagi memakan harta haram kcuali bakaran api neraka.
Suami tak jaga solat dan tak pernah solat sejak last solat umur 10 tahun umur suami dah 37 saya pula 19 tahun. Saya ajar suami mengaji, solat. Suami ikut, tapi hanya solat isyak saja.
Dan mngaji hanya selepas solat isyak. Memang tak jaga solat, kalau tak pksa memang tak solat. Saya tak kuat, hati saya lemah. Saya cuma perempuan. Mana mngkin perempuan boleh jadi imam untuk lelaki.
Malam ni saya sudah pun berbincang dengan suami saya nak kerja untuk tanggung hidup kami sebab saya tak nak makan harta haram. Saya tahu perempuan di uji ketika lelaki tak punya apa, dan lelaki diuji ketika punya apa2.
Sebab tu saya putuskan untuk kerja dan tnggu smpai nex year dia berhenti kerja haram dia. Saya rasa serba salah sgt, rasa down dan tak redha. Tapi ini adalah ujian dari Allah.
Semoga warga krt ada cadangan macam mana supaya suami saya boleh berhenti kerja haram ni dan bagaimana dengan saya kalau saya tanggung dia.
Buat pengetahuan krt, saya janda dan ada anak 1 , sebab tu saya tak nak anak saya membesar dengan harta haram. kalau saya terima saja harta haram dari suami, sebulan bolej cecah 5k. tapi nauzubillah saya tak nak kesenangan semntara.
maaf tulis tunggang langgang sebab kecwa sangat.
BACA: Patutlah sup di kedai ini laku keras, rupanya najis jadi ramuan tambahan!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio