Di mana menteri ketika wabak Covid semakin ganas?

Di mana menteri ketika wabak Covid semakin ganas?

Kerajaan Melayu Perikatan Nasional pimpinan PM Muhyidin Yassin dilihat terlalu lesu menangani wabak Covid-19 yang semakin merebak.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Syed Badli Shah Syed Osman berkata, kebanyakan kementerian seolah-olah masih lena dan gagal mengumumkan sebarang pelan strategik kepada rakyat ketika suasana krisis ini.

“Kementerian Wanita dan Keluarga misalnya, tiada langsung menyediakan sebarang pelan strategik untuk membantu golongan ibu tunggal, orang kurang upaya, dan penerima-penerima bantuan kebajikan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Manakala Kementerian Pertanian juga tidak mengumumkan sebarang pelan tindakan untuk membantu golongan petani yang terjejas sekaligus menjamin bekalan makanan mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau kerajaan perlu lebih agreasif mendepani usaha memerangi Covid-19 dengan menyediakan pelan tindakan yang sesuai terutama soal kebajikan hidup rakyat.

“Namun demikian sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, semakin ramai golongan rakyat marhain terkesan khususnya dari sudut ekonomi.

“Tekanan kepada rakyat semakin tinggi apabila kerajaan melanjutkan tempoh PKP kepada 14 April.

“Kerajaan perlu lebih peka untuk mewujudkan seberapa segera pelan bantuan terhadap golongan rakyat yang terjejas terutamanya peniaga kecil, petani, nelayan, dan mereka-mereka yang bekerja sendiri bagi menyara keluarga.

“Justeru itu saya menggesa semua kementerian untuk bangkit dari lena dengan menyediakan pelan tindakan menyeluruh yang akan diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi pada 30 Mac nanti,” katanya lagi.

Berita penuh :http://suarapakatandaily.com/archives/26857

COMMENTS