Dewan Himpunan Penyokong Pas akan berusaha pastikan bukan Islam sokong PN

Dewan Himpunan Penyokong Pas akan berusaha pastikan bukan Islam sokong PN

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah menerima sebanyak 417 kad keahlian baharu ekoran pertambahan permohonan menjadi ahli sayap PAS terbabit.

Pengerusi DHPP Kedah, K Kumaresan berkata, selain itu sebanyak 121 borang keahlian baharu diserah kepada Pengerusi DHPP Pusat, Senator N Balasubramaniam.

Katanya pertambahan ahli DHPP itu hasil kerjasama semua pihak termasuk DHPP pusat, negeri dan kawasan serta pemimpin PAS Kedah yang banyak membantu.

“Kami berharap sokongan pemimpin PAS di setiap peringkat bagi membantu DHPP menarik sokongan pengundi non Muslim memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kad keahlian itu itu diserah Pengerusi DHPP Pusat pada majlis ringkas di Pejabat Agung PAS Pusat di Kuala Lumpur semalam.

K Kumaresan juga berkata, DHPP Pusat turut melantiknya sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya DHPP menggantikan S Barathidasan yang tidak lagi bersama DHPP.

“Pelantikan tersebut bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak tahun lepas bagi menggantikan penyandang sebelum ini,” ujarnya.

S Barathidasan sebelum ini juga bekas Setiausaha DHPP Pusat. Jawatan itu sekarang dipikul S Selvendran dari Johor.

Kumaresan yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merakam ucapan terima kasih kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa DHPP Pusat kerana memberi kepercayaannya memikul jawatan yang begitu mencabar.

DHPP Kedah juga sedang berusaha memperkembangkan sayap badan itu ke seluruh Kedah sebagai usaha membina kekuatan sokongan terhadap PAS dan PN.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/22/dhpp-tarik-sokongan-non-muslim-pertahan-pn/