Derhaka : Umno Kelantan desak Muhyiddin letak jawatan

Derhaka : Umno Kelantan desak Muhyiddin letak jawatan

Derhaka : Umno Kelantan desak Muhyiddin letak jawatan. Umno Kelantan mendesak Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan “penderhakaan” yang dilakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam isu pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen.

Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Muhyiddin sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional (PN) “perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas penderhakaan yang dilakukan” itu.

“Umno Kelantan amat kesal dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang jelas melakukan penderhakaan terhadap Agong.

“Kenyataan media Istana Negara Khamis lalu bukan sahaja mendedahkan Agong bahawa belum memperkenankan pembatalan semua Ordinan Darurat sebagaimana dakwaan Menteri Undang-Undang di Dewan Rakyat 26 Julai lalu.

“Tetapi (Agong) jelas telah menitahkan supaya semua Ordinan Darurat tersebut dibahaskan dan diungkaikan di dalam Parlimen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Umno Kelantan

Pada 29 Julai, Sultan Abdullah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, kegagalan melaksanakan titah Agong merupakan satu bentuk penderhakaan yang nyata, sehinggakan Agong sendiri terpaksa mengeluarkan warkah khas bagi menjelaskan lagi kronologi dan justifikasi pendirian baginda kepada perdana menteri.

Katanya, kenyataan berbaur angkuh yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebelum itu bagi menjawab kenyataan Istana Negara juga menyerlahkan sikap Muhyiddin yang jelas mencabar kedudukan dan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan.

“Penutupan Parlimen atas alasan diserang virus Covid-19 juga hanya menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang sanggup mempermain-mainkan dan meremehkan sistem demokrasi berparlimen.

“Ini satu lagi tindakan derhaka terbaru yang dilakukan kerajaan sedangkan Agong sudah bertitah lebih daripada 3 kali mengenainya,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata, Umno Kelantan juga sepakat untuk terus mempertahankan dan membela Agong selaras dengan asas dan matlamat perjuangan parti itu yang diperuntukkan dalam Fasal 3.2 perlembagaan Umno.

Beritaq Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/02/umno-kelantan-desak-muhyiddin-letak-jawatan-sebagai-perdana-menteri/

BACA: Raja atau pemimpin akan tempah kejahatan jika didampingi oleh pembohong yang mengampu – Hadi