Derhaka : Takiyuddin sahkan belum dimaklum siasatan polis

Derhaka : Takiyuddin sahkan belum dimaklum siasatan polis

Derhaka ? “Saya belum dimaklumkan apa-apa setakat ini”.

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada Astro AWANI ketika ditanya sama ada polis sudah memanggilnya untuk direkodkan keterangan berhubung kenyataan yang didakwa mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong.

derhaka

Siasatan ke atas pemimpin politik itu dibuat susulan laporan yang diterima polis selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai persidangan Parlimen yang mengaitkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, pihaknya akan memanggil Takiyuddin dalam masa terdekat.

“Memandangkan sudah ada laporan (polis). Kita akan siasat dan sudah pasti beliau akan dipanggil untuk merekodkan keterangan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani memberitahu, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Terdahulu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Takiyuddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Laporan polis berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Takiyuddin, semasa program Bicara Harakah bertajuk ‘Proklasmasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya, Rabu lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Rabu lalu menzahirkan pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Bagaimanapun, Takiyuddin Rabu lalu berkata pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen dibuat secepat mungkin tidak memperinci tarikh ia perlu diadakan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-polis-saya-belum-dimaklumkan-apaapa-setakat-ini-takiyuddin-304168