Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan bahawa beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.
“Saya, kalau ada (pihak) yang minta esok (isytihar) harta, esok juga saya akan buat.
Koreklah sebanyak mana pun… baru boleh jadi pemimpin, jadi contoh.
Jika tidak, apa yang kita nak ajar kepada rakyat kerana antara cara untuk mengangkat darjat Islam itu adalah dengan tatakelola yang baik.
“Ini (ada pihak) apabila disuruh isytihar harta, mereka marah dan berkata itu kerana dendam.
Apa dendam? Kalau kamu tidak salah, buat apa takut untuk isytihar harta?” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz di Taman Alam Sutera semalam.
Sebelum ini, Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa pengisytiharan harta, yang merupakan salah satu syarat
Dalam Memorandum Persefahaman berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, hanya perlu dilakukan apabila melibatkan anggota pentadbiran seperti yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu.
Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.
“Ada pihak yang membicarakan soal Melayu, agama dan Islam, tetapi sebenarnya merompak hasil dan kekayaan negara. Saya tidak mahu hal ini berlaku, dan saya tidak maksudkan ia telah berlaku di sini.
“Dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak, ada sahaja kebocoran, ada sahaja hilangnya dana. Negara mana yang mampu maju jika setiap kali ada kebocoran, dan ia bukan sedikit, tetapi ratusan juta dan bilion,” katanya.
BACA: Pas Pahang seru kerajaan perpaduan contohi sifat Menteri Besar Kedah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio