Denda hingga RM5,000, penjara 12 bulan jika lakukan aktiviti berbasikal di lebuhraya

Denda hingga RM5,000, penjara 12 bulan jika lakukan aktiviti berbasikal di lebuhraya. Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Denda hingga RM5,000, penjara 12 bulan jika lakukan aktiviti berbasikal di lebuhraya

Antara penunggang basikal dikesan di lebuh raya di Cheras, Kuala Lumpur semalam.

“Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu kumpulan berbasikal yang kembali panas di media sosial memaparkan gelagat mereka menunggang basikal hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Selain itu, beliau berkata, penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Tambahnya, Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.

“JSPT setakat hari ini hanya mengambil tindakan advokasi terhadap penunggang basikal yang berkayuh secara berkelompok di jalan raya.

“Polis tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

Mat Kasim berkata, berdasarkan rekod sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal, sejak Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, menurutnya, sebanyak 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan.

Justeru, beliau menasihati penunggang basikal supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain.

Beliau juga menasihati penunggang supaya memilih lokasi dan masa sesuai iaitu di luar waktu puncak dan mengelak tempat sesak dengan kenderaan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta mengundang risiko kemalangan.

Sementara itu, pemandu kenderaan diingatkan bertimbang rasa dan berhati-hati kerana penunggang basikal amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/767275/berbasikal-di-lebuh-raya-boleh-didenda-hingga-rm5000-penjara-12-bulan

BACA JUGA : Terkini !!! Najib nak ke Singapura, mahkamah benarkan serah balik passport

COMMENTS

Wordpress (9)
  • comment-avatar
    Shantae 8 hours

    Excellent blog! Do you have any tips and hints
    for aspiring writers? I’m hoping to start my own blog soon but I’m
    a little lost on everything. Would you propose starting with
    a free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many options out there
    that I’m completely overwhelmed .. Any tips? Thank you!

    Check out my web site; Jacques

  • comment-avatar
    Sol 38 mins

    I think the admin of this site is actually working hard in support of his web site, since here everyinformation is quality based stuff.

    http://GiftedHandsHhC.com

  • comment-avatar
    Rozella 26 mins

    What’s up, I read your blog on a regular basis.
    Your story-telling style is witty, keep doing what you’re doing!

    my webpage; Myra

  • comment-avatar
    Edmund 22 hours

    Great post. I was checking continuously this blog and I’m impressed!
    Very helpful information specifically the last part :
    ) I care for such info a lot. I was looking for this certain information for a long time.
    Thank you and best of luck.

    Also visit my webpage; Rosie

  • comment-avatar
    Raquel 2 days

    Good post. I learn something totally new and challenging on sites I stumbleupon every day.
    It will always be useful to read through content from
    other writers and practice a little something from other sites.

    Feel free to surf to my page Lorri

  • comment-avatar
    Davis 4 days

    Terrific work! That is the type of info that are meant to be shared across the web.Shame on the search engines for no longer positioning this put up higher!Come on over and seek advice from my site . Thank you =)

    http://Duleok.com

  • comment-avatar
    Mai 4 days

    Now I am ready to do my breakfast, after having my breakfast coming yet again to read further
    news.

    Also visit my website; Alfonso

  • comment-avatar
    Greg 4 days

    I constantly emailed this weblog post page to all my associates, as if like to read it
    afterward my friends will too.

    Feel free to visit my webpage; Jessie

  • comment-avatar
    Sienna 6 days

    It’s going to be end of mine day, except before end I am reading this enormous piece
    of writing to increase my know-how.

    my web page :: Colin