Degil !!! Tetap anjur majlis perkahwinan walaupun PKP akhirnya bawa padah

Degil !!! Tetap anjur majlis perkahwinan walaupun PKP akhirnya bawa padah

Menganjurkan majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) membawa padah buat sebuah keluarga apabila dikompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kesalahan itu dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantauan SOP, di sini, semalam apabila mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.

“Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini.

“Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur bagaimanapun ia tidak bersesuaian diadakan dalam keadaan semasa negara berdepan penularan wabak Covid-19..

Noorzainy berkata, pihaknya rasa terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.

“Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

“Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.

Katanya, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan, semalam

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/716925/dilarang-tapi-degil-anjur-majlis-perkahwinan-juga