Daus mini lega dah cerai dengan isteri, dakwa ramai wanita serah diri jadi isteri tapi undang persoalan netizen macam mana dia..

Oleh INFORAKYAT

Daus mini lega dah cerai dengan isteri, dakwa ramai wanita serah diri jadi isteri tapi undang persoalan netizen macam mana dia..

Daus Mini meluahkan rasa syukur akhirnya dia sah bercerai dengan isteri, Shelvie Hana Wijaya pada Rabu.

Kata Daus, 36, dia juga gembira apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak mereka Muhammad Al Fatih Firdaus adalah di bawah tanggungjawabnya.

Daus mini lega dah cerai dengan isteri, dakwa ramai wanita serah diri jadi isteri tapi undang persoalan netizen macam mana dia..

“Alhamdulillah, akhirnya perkara yang dinanti-nantikan selama tiga bulan akhirnya selesai. Saya juga merasa gementar bukan kerana keputusan cerai tapi hak penjagaan anak.

Daus Mini bersama bekas isteri dan anaknya.

“Syukur doa anda semua dimakbulkan. Hal menjaga anak jatuh ke tangan saya dan bukan di pihak sana,” ujarnya.

Sementara itu dia juga sempat mengakui tidak pernah merasa trauma untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun tiga kali gagal dalam perkahwinan.

Malah dia sempat berseloroh mengakui ramai wanita yang cuba mendekatinya sejak kisah rumah tangga dengan Shelvie bermasalah.

“Semakin ramai wanita yang mahu dekat. Tapi saya tak mahu isteri orang. Yang penting kalau nak dekat biarlah single,” ujarnya.

Untuk rekod, Daus dan Shelvie mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mereka mempunyai seorang anak angkat bersama.

Pada 13 Februari lalu, Shelvie memfailkan tuntutan cerai atas dakwaan suaminya itu gagal memberi nafkah.

BACA:

Kalau ambil ganja di thailand boleh kena tahan ke bila balik Malaysia?

“Dulu ajar aku BM, sekarang kami belajar erti kehidupan bersama”, Kisah murid tackle Cikgu sampai kahwin