Darurat adalah darurat, mana ada ‘darurat politik’

Darurat adalah darurat, mana ada ‘darurat politik’

Kuasa untuk isytihar darurat terletak pada YDPA dan ini yang cuba di pinda oleh Najib dengan kenalkan Akta MKN yang mana Perdana Menteri boleh isytihar darurat tanpa kebenaran YDPA.

PH telah betulkan balik kerosakan yang BN buat dengan tarik balik RUU tersebut tapi ramai yang lupa PN cuba introduce balik pada bulan Ogos.

Maknanya mereka sudah lama tahu yang kerajaan PN ini akan tumbang dan tak stabil, jadi dia cuba pinda akta MKN yang PH dah tarik balik untuk bagi kuasa mutlak pada Perdana Menteri.

Sebab mereka tak cukup masa untuk gubal dan belanjawan 2021 dah dekat, mereka terdesak guna alasan Covid untuk isytihar darurat. Yang duk kata ini “Darurat Politik” semuanya palatao; bagi saya satu line dalam perlembagaan negara yang ada sebut darurat politik.

Darurat is darurat; akan ada impak pada ekonomi, hilang kepercayaan pelabur antarabangsa even pasaran saham dah pun riaksi secara negatif tadi. Dengan darurat, kuasa eksekutif akan jadi mutlak, kira macam kita ada supreme leader.

Sekadang ini semua tertunggu pada wewenang YPDA. Kalau jadi darurat maknanya kita tahulah kenapa pintu gol asyik kena kalih walaupun bola sudah berada di petak penalti beberapa kali.

Moga Allah selamatkan kita semua dari Diktator tahap 4.

Sumber :

Kuasa untuk isytihar darurat terletak pada YDPA dan ini yang cuba di pinda oleh Najib dengan kenalkan Akta MKN yang mana…

Posted by Mohd Mukhlis Mohd Sharif on Friday, October 23, 2020

COMMENTS