Dapat suntikan vaksin sebulan selepas positif Covid-19, Nabila Huda tampil dengan penjelasan

Dapat suntikan vaksin sebulan selepas positif Covid-19, Nabila Huda tampil dengan penjelasan

Beberapa hari lalu, pelakon Nabila Huda menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan dirinya sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Walau bagaimanapun, orang ramai mula mempersoalkan kelayakan Nabila Huda menerima suntikan vaksin memandangkan dia merupakan bekas pesakit Covid-19.

Siapa takut jarum, dia faham reaction tu #kamitelahdivaksin

Di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa keliru dengan prosedur suntikan vaksin bagi bekas pesakit tersebut.

Tampil menjelaskan keadaan, pelakon ini berkata, dia sebenarnya sudah memaklumkan doktor bertugas mengenai status dan dibenarkan mengambil suntikan. Menafikan dakwaan potong barisan, Nabila berkata dia mengikut apa sahaja yang ditetapkan di aplikasi MySejahtera.

Di hantaran tersebut, pelakon filem Munafik ini turut menyertakan jawapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membenarkan bekas pesakit Covid-19 menerima suntikan vaksin dalam tempoh 1 sehingga 6 bulan.

Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak bertujuan untuk menyakitkan hati sesiapa sebaliknya hanya mahu memberi kesedaran dan semangat kepada bekas pesakit yang lain.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohartis/dikecam-suntik-vaksin-sebulan-selepas-positif-covid-19-ini-respon-nabila-huda/