Dapat RM300 ribu, MP PH terus beli stok barang bantuan

Dapat RM300 ribu, MP PH terus beli stok barang bantuan

Dapat RM300 ribu, MP PH terus beli stok barang bantuan. Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang sudah mula membeli sebahagian besar barangan untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas.

Ahli Parlimen Sepang dari AMANAH itu berkata, peruntukan RM300,000 yang diterima terus dibelanjakan demi membantu rakyat khususnya dalam tempoh yang kritikal pada masa ini.

“Penyediaan bakul makanan ini sudah tentu ada prosesnya tersendiri yang hakikatnya sebenar, di dalam sistem demokrasi yang sebenar, sepatutnya ianya dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan. Itulah tugas hakiki mereka.

“Namun, Alhamdulillah, kami tidak ada masalah untuk cuba membantu menjalankan tugas-tugas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MP PH

Hanipa Maidin

Ahli Jawatankuasa Nasional AMANAH itu memaklumkan baru sekarang bantuan RM300,000 untuk Bantuan Bakul Makanan diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang sejak sekian lama.

“Walau bagaimanapun, kami tetap bersyukur dan akan cuba sedaya upaya insya-Allah agihkan kepada rakyat yang memerlukan mengikut jumlah peruntukan RM300,000 yang diberikan itu.

“Alhamdulillah, pada hari ini, kami telah mula membeli sebahagian barangan tersebut. Selepas dibeli ia perlu pula dibawa ke stor penyimpanan.

“Selepas itu, perlu untuk proses pembungkusan dan seterusnya kepada proses pengagihan dan proses penghantaran kepada para penerima,” jelas Hanipa.

Untuk rekod, Mahiaddin Md. Yasin memaklumkan pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan dengan peruntukan berjumlah RM300,000 dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), 28 Jun lalu.

Mahiaddin berkata, kerajaan mengambil sikap mengenepikan perbezaan politik dengan peruntukan sama diberi kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Hanipa memberi jaminan bantuan bakul makanan akan sampai ke tangan penerima terutama yang telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/mp-ph-terus-belanjakan-peruntukan-rm300000-yang-diterima/

Jika Anda Terlepas: Ivermectin ‘sold out’ di Indonesia