Dap terharu, tabung sumbangan ikat jamin LGE terima hampir RM2.9 juta

Kami telah melancarkan kempen kutipan dana “Solidariti bersama Lim Guan Eng” pada hari Sabtu 8 Ogos 2020. 

Objektif kempen ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi menampung kos ikat jamin bagi tiga pertuduhan yang dikenakan kepada beliau pada hari Jumaat lepas, semalam, dan hari ini. 

Pada hari Jumaat lepas, pihak pendakwaan telah meminta supaya ikat dijamin ditetapkan sebagai RM2 juta dan pihak mahkamah telah membenarkan ikat jamin dengan nilai RM1 juta. Hari ini, pihak mahkamah telah menetapkan sejumlah RM100,000.00  sebagai ikat jamin untuk pertuduhan Lim Guan Eng dan isteri beliau, Betty Chew. 

Kami berasa marah dengan tindakan penganiayaan politik dari kalangan mereka yang berkuasa terhadap Lim Guan Eng melalui satu kes yang tidak mempunyai sebarang merit ini. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menyatakan yang beliau tidak bersalah ke atas pertuduhan-pertuduhan ini memandangkan kontrak terowong bawah laut ini telah dianugerahkan melalui sistem tender terbuka dan telah dicadangkan oleh penjawat awam kanan daripada kerajaan negeri dan persekutuan. Tambahan lagi, tidak ada satu sen pun telah dibayar untuk projek ini memandangkan projek ini dirancang untuk dimulakan selepas tahun 2023, selepas semua syarat-syarat dan kelulusan kawalan selia diluluskan. 

Antara perkara yang pelik di dalam kes ini adalah Zarul yang kini membuat dakwaan ini adalah individu yang sama sebelum ini beberapa kali mempertahankan polisi ketelusan kerajaan negeri. Beliau dengan bangga menyatakan yang beliau tidak perlu untuk “kaw-tim” dengan sesiapa di dalam kerajaan untuk memenangi tender ini.  (https://youtu.be/oI2xe2jsJoQ)

Kerana inilah kempen ini dilancarkan, bukan sahaja untuk melawan tuduhan yang direka terhadap Lim Guan Eng, tetapi juga untuk melawan penyalahgunaan kuasa kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Ratusan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kaum telah pun menyambut seruan kempen ini. *Setakat 12 tengahari ini, kami sangat berbangga untuk melaporkan bahawa  rakyat Malaysia telah mendermakan sejumlah RM 2.9 juta kepada kempen ini. *

Seperti yang dinyatakan semasa pelancaran kempen ini, dana yang dikumpul ini akan digunakan untuk membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh pihak mahkamah dan sebarang kutipan yang berlebihan akan digunakan untuk membiayai perjuangan dalam Pilihan Raya Umum untuk melawan kerajaan pintu belakang dan memulangkan semula mandat kepada rakyat yang mengundi untuk perubahan pada Mei 2018. 

*Kempen kutipan dana ini akan diteruskan sehingga tengah malam hari Jumaat, 15 Ogos 2020 untuk mereka yang masih berhasrat untuk menderma. Sumbangan anda boleh disalurkan kepada akaun “DAP Malaysia” di Public Bank 3063828309. *

Kami juga berhasrat untuk menyatakan setinggi-tinggi rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada perjuangan ini. Sambutan yang luar biasa terhadap kempen ini telah membakar semula semangat kami di DAP untuk terus berjuang untuk sebuah Malaysia yang lebih baik, halangan politik baru-baru ini hanyalah satu perkara yang sementara dan kami akan kembali lebih kuat dan lebih baik dengan sokongan berterusan rakyat Malaysia.

Tony Pua

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)