DAP sedia pertimbang untuk terima tawaran PM

DAP sedia mempertimbang tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk pimpinan pembangkang menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pertimbangan akan diberi asalkan ia bukan untuk mencukupkan syarat pembabitan pembangkang dalam majlis dan jawatankuasa berkenaan.

“Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian (rakyat), DAP sedia mempertimbang tawaran kepemimpinan pembangkang menyertai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

“Kita pertimbang asalkan ia bukan untuk mencukupi syarat dan mengiyakan pandangan kerajaan semata-mata.

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

dap

Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hari ini, menawarkan ruang kepada kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Perdana Menteri berkata, kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat, justeru kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti.

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perjumpaan bersama ketua parti politik baru-baru ini, supaya semua pihak melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/854691/dap-pertimbang-tawaran-perdana-menteri

 

BACA JUGA :

Bersatu hilang 3 MB, PM kerana tak dengar nasihat