DAP mahu kerajaan beri bantuan RM1,000 sebulan, bukan ‘one-off’

DAP mahu kerajaan beri bantuan RM1,000 sebulan, bukan ‘one-off’

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulangi gesaannya untuk Putrajaya meningkatkan bantuan kebajikan masyarakat bulanan kepada RM1,000, termasuk penganggur bagi membantu mengurangkan impak pandemik Covid-19.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan perlu memperuntukkan tambahan RM1 bilion setiap bulan.

“Berapa sangatlah tambahan RM1 bilion setiap bulan berbanding kos ‘total lockdown’ sekarang yang dianggarkan berjumlah RM170 bilion oleh pakar ekonomi?” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jumlah itu turut dijanjikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semasa pilihan raya negeri di Sabah tahun lalu.

“Sehingga kini, janji ini sekadar janji kosong.”

Muhyiddin mencadangkan idea itu ketika di Sandakan pada Ogos tahun lalu, cadangan yang turut disokong DAP.

Lim berkata, kerajaan tidak patut “terperangkap dalam cara pemikiran kewangan yang lama dan ortodoks”, tetapi menggunakan pendekatan lebih dinamik ketika negara menghadapi krisis sekali dalam seumur hidup.

Katanya, perlu siri bantuan kewangan secara berkala demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian.

“Kaedah lama bantuan ‘one-off’ adalah bantuan kewangan sementara yang tidak akan melindungi mata pencarian ekonomi pekerja biasa dan rakyat Malaysia yang mengalami masalah kewangan.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/09/dap-ulangi-gesaan-naikkan-bantuan-kebajikan-bulanan-kepada-rm1000/

BACA JUGA : ‘Jangan buka pintu belakang lagi’, Najib ingatkan Ismail