DAP ada peluang menang kerusi di Kelantan

DAP ada peluang menang kerusi di Kelantan

PERTELINGKAHAN parti parti Melayu memberi peluang keemasan kepada DAP untuk melebarkan pengaruhnya di negeri yang terkenal sebelum ini sebagai negeri majoriti Melayu.

Sudah pasti DAP akan meletakkan calonnya dari kalangan orang Melayu. DAP Kelantan kini mempunyai 38 cawangan yang sah.

Penubuhan cawangannya di kawasan majoriti Melayu ini membuktikan mereka tidak lagi takut dengan persepsi negatif yang dilempar musuh politik terhadap DAP.

Pergolakan antara parti parti Melayu agak kritikal juga di Kelantan walaupun dinafikan oleh beberapa orang pimpinan parti pusat. Hanya pimpinan pusat sahaja masih lena dengan apa yang berlaku di Kelantan. Orang Kelantan sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku di Kelantan.

Sebanyak 38 cawangan DAP bukannya sedikit walaupun ahli berdaftar mungkin tidak melebihi puluhan ribu tetapi dengan pergolakan yang berlaku kerana berebut kerusi dan kuasa antara parti Melayu yang ada, tidak mustahil arus perubahan untuk mencuba calon baru dari parti baru yang mula bertapak di negeri Kelantan akan berlaku, lebih-lebih jika DAP meletakkan calon Melayu.

Rakyat juga sudah mula muak dengan sikap dan tingkah lalu pergolakan parti parti Melayu. Budaya ‘ cah keting ‘ memang perkara biasa dalam politik di Kelantan.

Ambang PRU 15 sudah kedengaran seolah-olah tidak akan ada pembahagian kerusi antara parti-parti Melayu. Ini bermakna semua parti akan bertanding mengikut parti masing masing. Pertembungan beberapa penjuru akan berlaku termasuk calon Melayu dari DAP.

Tidak mustahil rakyat Kelantan akan berubah selera untuk mencuba calon baru dari parti baru setelah melihat pergolakan yang berlaku antara calon dari parti Melayu.

DAP akan bawa arus baru yang lebih lunak untuk memikat pengundi Melayu. DAP akan membuktikan mereka lebih sensitif untuk menjaga bangsa Melayu daripada parti parti Melayu. Ini adalah kemahiran bangsa Cina ketika mereka mula mula untuk mencari pengaruh.

Mereka akan cuba untuk menonjolkan bahawa perjuangan mereka lebih Melayu dari parti parti Melayu dengan strategi yang lunak dan halus. Lebih lebih lagi kemampuan dengan bantuan material dan kebendaan.

Dengan strategi yang lunak dan halus, tidak mustahil rakyat Kelantan akan terpikat dengan DAP. Pada masa yang sama mereka eksploitasi orang Melayu di Kelantan untuk memikat pengundi Melayu agar bersama DAP.

Parti parti Melayu setakat ini kekal dengan ego masing masing untuk tidak akan bersepakat. Mula dah kedengaran lelongan murah kononnya mereka akan perjuangkan bangsa Melayu dan agama. Hakikat sebenarnya itu hanya ‘ pelaris ‘ jualan.

Sharipudin Ab Kadir
(Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan)

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/04/12/tidak-mustahil-rakyat-kelantan-akan-terpikat-dengan-dap/