Danesh dakwa dirinya dilantik Lembaga Pengarah UM bukan kerana politik

Pengarah Universiti Malaya (UM) termuda yang baru dilantik, Danesh Raj tampil Nagarajan membalas kritikan mengenai pelantikannya sebagai ahli lembaga pengarah universiti (LPU).

Danesh, 26 yang dilantik sebagai ahli LPU pada 4 Oktober lalu berkata, penyertaannya dalam badan pelajar UM semasa menuntut di Universiti Malaya merupakan salah satu sebab mengapa dia dipilih.

Danesh dakwa dirinya dilantik Lembaga Pengarah UM bukan kerana politik

“Menteri Pengajian Tinggi (Noraini Ahmad) mahukan seseorang yang masih muda berada dalam lembaga pengarah universiti.

“Mereka memerlukan seseorang untuk merapatkan jurang antara alumni dan pelajar, untuk memahami apa yang sedang berlaku di kampus,” kata Danesh kepada Malaysiakini.

Ketika menjadi mahasiswa di UM, Danesh terlibat aktif dalam beberapa pertubuhan pelajar.

Danesh mendakwa salah satu pencapaian terbesarnya ialah menganjurkan pantri makanan berasaskan universiti pertama di negara ini yang dinamakan Food Pantry Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya (Yang memberi makanan percuma kepada pelajar miskin di kampus).

UM memiliki lembaga pengarah yang terdiri daripada 11 anggota termasuk bekas ketua Suruhanjaya Sekuriti, Zarinah Anwar dan timbalan ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Johan Mahmood Merican, yang sebelumnya merupakan ketua pegawai eksekutif TalentCorp.

Lembaga pengarah ini membantu pentadbiran universiti tertua di negara ini.

Tidak dikaitkan dengan politik

Menurut Danesh, pelantikannya tidak ada kaitan dengan bosnya, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, sebaliknya dia hanya bekerja sebagai pegawai media di pejabatnya.

Dia berkata Azalina juga terkejut dengan pelantikannya dalam lembaga pengarah universiti berkenaan.

Semalam, pejabat Azalina mengeluarkan kenyataan yang menafikan bahawa ahli parlimen Pengerang itu memainkan peranan dalam pelantikan Danesh.

Pejabat Azalina dalam kenyataannya mengatakan dia tidak tahu mengenai pelantikan itu sehingga ia dimaklumkan.

“Pejabat ini memaklumkan, bukan sahaja beliau tidak terlibat, malah pelantikan tersebut tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.

“Dia hanya mengetahui mengenai perkara itu pada 5 Oktober apabila poster ucapan selamat UM dikongsi dan disebarkan melalui Whatsapp,” kata pejabat Azalina.

Danesh juga didakwa merupakan ahli Pemuda MIC, namun menjelaskan bahawa dia hanya terlibat dengan Putera MIC berikutan terlibat aktif dalam kegaiatan mahasiswa ketika belajar di UM.

Danesh juga berkata dia tidak mempunyai jawatan dalam MIC, namun melakukan kerja berbayar untuk parti itu.

Noraini mempertahankan pelantikan Danesh dalam jawapan di parlimen pada 5 Oktober lalu dengan mengatakan pelantikan itu dibuat berdasarkan penglibatannya dalam alumni universiti.

“Pelantikan beliau adalah sebagai satu bentuk penghargaan kepada orang muda di samping memberi peluang untuk menyumbang input kepada UM daripada kaca mata alumni itu sendiri,” katanya kepada Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pengkritik seperti Gerakan Akademik Malaysia (Gerak) berkata pelantikan ini dilihat sebagai satu lagi pelantikan politik selepas Rosnah Abd Rashid Shirlin dari Umno, yang merupakan timbalan menteri kerja raya, dilantik dalam LPU UM pada Mei 2020.

Noraini dilantik semula dalam kabinet oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan memegang portfolio pendidikan tinggi setelah meletakkan jawatan dalam pentadbiran perdana menteri terdahulu, Muhyiddin Yassin.

Danesh berkata, dia tidak berkecil hati dengan kritikan berkenaan kerana ia dibuat berdasarkan faktor usia dan latar belakangnya yang terlibat dalam seni persembahan.

Danesh berkata sebagai ahli pengarah lembaga, dia akan meneliti langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan kebolehpasaran lulusan UM dan memainkan peranan semak dan imbang dalam pengurusan universiti.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594708

BACA JUGA : Panas !!! Malaysia di senarai kelabu perhatian cukai EU

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Danesh dakwa dirinya dilantik Lembaga Pengarah UM bukan kerana politik […]