Dakwaan Turki zon hijau meleset, laman kesihatan kategorikan Turki berada pada amaran tahap 3

Dakwaan Turki zon hijau meleset, laman kesihatan kategorikan Turki berada pada amaran tahap 3

Laman centers for disease control and prevention mengklasifikasikan Turki sebagai negara yang berada pada paras amaran peringkat ke 3 bagi Covid-19.

Pelancong disaran untuk elakkan dari mengunjungi Turki melainkan atas urusan yang benar-benar penting sahaja.

Ini bercanggah dengan dakwaan sumber Menteri yang tidak kuarantin bahawa Turki adalah Zon Hijau.

Khairuddin Aman Razali, Mneteri Komoditi mendapat kecaman seluruh rakyat Malaysia apabila dikatakan gagal untuk mematuhi SOP yang diperkenalkan kerajaan iaitu untuk melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari apabila pulang dari luar negara.

Beliau bersama ahli keluarga dikatakan berkunjung ke Turki dan pulang pada 7 Julai 2020 yang lalu. Di KLIA, ujian pertama menunjukkan beliau negatif Covid-19 namun SOP yang ditetapkan kerajaan memerlukan beliau untuk kuarantin diri selama 14 hari.

Namun amat mendukacitakan apabila beliau telah dilaporkan menghadiri 12 program dan mesyuarat sepanjang tempoh tersebut termasuk menghadiri sidang parlimen.

Sumber : https://wwwnc.cdc.gov/travel/notices/warning/coronavirus-turkey

COMMENTS