Da’i Syed tak mahu ingat pasal kes cabul, warna rambut untuk lupakan..

Da’i Syed tak mahu ingat pasal kes cabul, warna rambut untuk lupakan.. Sudah lebih setahun berdepan tuduhan melakukan aktiviti seks luar tabii dan mencabul, pendakwah bebas Da’i Syed akui pernah menangis disebabkan tekanan.

Memetik laporan mStar Online, Syed berkata dia tidak mahu lagi memikirkan kisah lalu serta membuat keputusan untuk ubah penampilan dengan mewarnakan rambut dan menyimpan jambang untuk memulakan kehidupan baru.

“Saya pernah duduk sendiri menangis dalam bilik disebabkan tekanan. Hati saya bagaikan sudah pecah disebabkan perkara yang berlaku.”

“Menyimpan jambang dan mewarnakan rambut antara sebab untuk saya move on. Saya tukar personaliti dan karakter supaya tidak lagi melihat muka yang dahulu.

Da'i Syed tak mahu ingat pasal kes cabul, warna rambut untuk lupakan..

“Setiap hari saya berdoa dan lakukan lebih banyak amal kebajikan supaya Allah dapat membuang perasaan tekanan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Syed berkata dia bersabar dengan kecaman diterima serta memaafkan mereka yang bercakap buruk mengenai dirinya kerana tidak tahu perkara sebenar.

“Semua orang boleh bercakap tentang saya tetapi mereka tidak kenal saya secara peribadi. Jadi saya maafkan segala kecaman yang dilemparkan. Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin tergores hati dengan apa yang telah berlaku,” katanya.
TONTON :

BACA:

Padah pukul perempuan, penyanyi terkenal ditahan polis

KWSP khas belum masuk? Ini jaminan menteri kewangan

Honda HR-V versi baru jadi kegilaan orang ramai, tiba Malaysia dalam masa terdekat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)