Dah selesai bayar ansuran rumah, rupanya ini beberapa step sebelum jadi hakmilik anda

Dah selesai bayar ansuran rumah, rupanya ini beberapa step sebelum jadi hakmilik anda Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.

Baca perkongsian daripada Peguam Puan Faridah Begum Abdul Rahman ini sebagai rujukan;
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.

Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.

1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.

2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.

3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.

4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.

5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.

6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.

7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.

Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.

Dah selesai bayar ansuran rumah, rupanya ini beberapa step sebelum jadi hakmilik anda

BACA JUGA :

Dua tahun cuba mengelak, akhirnya Afdlin Shauki pohon doakan kesihatan dirinya

Gajah ceroboh kem tentera di Perak

Pengurus Kanan di KWSP meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha

TONTON JUGA :

CATEGORIES