Daging ulama beracun? Daging sang pemfitnah lagi teruk racunnya

Daging ulama beracun? Daging sang pemfitnah lagi teruk racunnya

Hikayat Ulama dan Pengikut

Menghina ulama itu tindakan tidak wajar.

Memfitnah dan menuduh orang tanpa bukti adalah dosa dan haram. Jika ulama yangg lakukan fitnah, berdosalah dia, jika org awam buat fitnah, berdosalah juga dia. Malaikat tak kira dia seorang alim atau tidak.

Mengkritik ulama yang melakukan fitnah juga bukan perkara yang salah bahkan suatu tindakan yang positif. Ahlus sunnah wal jamaah tidak mengajar konsep kemaksuman para ulama, bahkan dalam tradisi ilmu, perbahasan dan kritikan ilmiyyah seringkali subur sebelum datangnya kurun 4 hijrah dimana ulama-ulama ketika itu terlampau mengagungkan ulama silam hingga mereka memandang begitu rendah kepada diri apabila mahu kritik dan nilai pandangan silam. Kejumudan ini akhirnya mengorbankan dan membantutkan kemajuan syarak.. Sebelum dtgnya imam2 berminda kritis membangkitkan ulama2 ini dari taqdis yg melampau. Jika taqlid ini perkara bagus, nescaya imam syafie cukup sahaja dgn mazhab Maliki… Nescaya imam Ahmad cukup sahaja dgn mazhab syafie…. Namun tidak sama sekali…anak-anak murid ini berminda kritis lalu mengkritik mazhab guru dan memajukan mazhan sendiri dengan hormat kepada guru.

Kepada ulama dan orang awam, elakkan memfitnah orang, kepada pengikut ulama dan ilmuwan.. Ayuh menjadi pengikut Yang kritis. Betapa banyak kalam imam-imam muktabar yang mencela ikutan buta bahkan ikutan kepada pandangan mereka juga. Lihatlah sejarah bagaimana khalifah-khalifah korup mengambil untung hasil dari eksploitasi ulama yang mempunyai pengikut ikutan buta ini. Bacalah Kalam Imam Al-Kawakibi yang mencela ulama-ulama jahat ini yang berlagak seolah mereka memegang kunci syurga dan neraka lalu memaksakan pengikut tidak punya pilihan bahkan tidak boleh berfikir utk diri mereka. Betapa banyak ayat Tuhan mengenai pengikut dan tokoh ikutan mereka Yang Malang dibakar neraka, kerana pengikut mengikut sahaja, dan Yang diikuti pula mengambil peluang semata-semata.

Kita selalu berbicara keperluan beradab kepada ulama. Namun ia tidak bermakna semua tindakan mereka itu benar… Sebab itu ada ulama su’ dan sebaliknya.

Jika benar daging ulama beracun… Daging sang pemfitnah lagi teruk racunnya.

Sumber :