Daftar MUDA : Pemuda Amanah gesa KDN patuh keputusan mahkamah

Pemuda AMANAH Nasional mengucapkan tahniah kepada Parti MUDA di atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didaftarkan sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari.

Tindakan Kerajaan melalui KDN sebelum ini yang menafikan hak untuk MUDA didaftarkan adalah melanggar hak kebebasan berpersatuan yang merupakan hak fundamental yang dijamin oleh Perlembagaan di bawah Perkara 10, selain dinyatakan di dalam Perkara 20 (1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Daftar MUDA : Pemuda Amanah gesa KDN patuh keputusan mahkamah

Pemuda AMANAH cukup kesal dengan budaya ‘buli’ yang dilakukan oleh KDN terhadap mana-mana pihak yang dilihat mampu mengancam kedudukan parti pemerintah walaupun tindakan terbabit bertentangan dengan Perlembagaan.

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini adalah satu berita baik untuk demokrasi Malaysia, Menteri Dalam Negeri didesak untuk tidak terus mencemarinya!

HASBIE MUDA
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Bertarikh : 14 Disember 2021

BACA JUGA : Panas !!! MP buat sidang media sokong PM petang ini
Kecoh!!! Adun Perak bawa masuk ayam dalam sidang dun

 

Artikel ini disiarkan pada 14/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)