Curi sekampit beras dan bungkusan makanan, lelaki tampil mohon maaf

sekampit

Curi sekampit beras dan bungkusan makanan, lelaki tampil mohon maaf. Curi sekampit beras dan bungkusan makanan, lelaki tampil mohon maaf. Tindakan seorang lelaki melarikan sekampit beras dan bungkusan barangan keperluan asas di stor pejabat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gedung di sini tular di media sosial, malam ini.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dilihat duduk di kerusi di hadapan stor sambil memerhatikan keadaan sekeliling sebelum dikatakan bertindak menceroboh stor simpanan bekalan makanan itu kira-kira pukul 7.35 petang tadi.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 24 saat itu menunjukkan lelaki yang berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek terbabit membawa keluar barangan makanan yang diambilnya melalui pintu stor.

sekampit

Bagaimanapun, Pengerusi MPKK Bukit Gedung, Mohd. Zaini Ahmad berkata, lelaki berusia 30-an berkenaan bagaimanapun telah datang semula ke lokasi kejadian dan memohon maaf di atas perbuatannya.

“Lelaki itu tinggal di kawasan ini dan memberitahu dia tiada wang untuk membeli makanan disebabkan tidak bekerja. Kami kemudian memberinya semula barangan itu untuk dibawa pulang,” ujarnya

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/30/lelaki-tampil-minta-maaf-selepas-curi-beras-food-bank/

BACA: Guna ‘Jakun’ dalam nada menghina, orang asli luah rasa kecewa