Covid-19 : Setelah diarah tutup, jemaah terkejut dapat berita kematian berturut Imam, bilal dan Pengerusi Surau

Covid-19 : Setelah diarah tutup, jemaah terkejut dapat berita kematian berturut Imam, bilal dan Pengerusi Surau

Tiga ahli jawatankuasa Surau Al Jauhar di Taman Impian Emas, Skudai di Johor meninggal dunia akibat Covid-19 selepas surau itu ditutup pada 24 April lalu.

Imam, Allahyarham Ustaz Haji Mohamad Nazirul mendahului senarai dijemput Ilahi pada 28 April lalu bersamaan 16 Ramadan.

Selang tiga hari kemudian, bilal Allahyarham Rosli Mohamad dan pengerusi surau itu, Allahyarham Haji Samad pula menghembuskan nafas terakhir.

Difahamkan, pada masa ini, setiausaha surau sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala kira-kira 16 jemaah surau itu juga dikatakan positif Covid-19.

Semalam, Johor mencatatkan 310 kes Covid-19 dengan 212 kes merupakan kes tempatan.

Daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 87 kes dengan mukim Bandar merekodkan 38 kes diikuti Plentong (21), Tebrau (16), Pulai (10) manakala Sungai Tiram dan Tanjung Kupang masing-masing satu kes.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/satu-persatu-jawatankuasa-surau-di-johor-meninggal-akibat-covid-19/