Mukhriz mahu pastikan kebajikan barisan hadapan terjaga

Mukhriz mahu pastikan kebajikan barisan hadapan terjaga

Hampir 95 peratus penduduk di kawasan Kota Setar didapati mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berdasarkan tinjauan yang dilakukan beliau sendiri ketika turut serta dalam rondaan bersama anggota keselamatan petang tadi. Menurutnya, beliau mengambil inisiatif sendiri turun padang bagi memantau kepatuhan rakyat Kedah terhadap PKP fasa kedua.

“Saya mahu melihat sendiri bagaimana rakyat Kedah patuhi PKP fasa dua yang bermula semalam dengan kerjasama Polis Kedah membuat rondaan di sekitar daerah Kota Setar,” katanya.Mukhriz turut mengambil kesempatan itu bertemu dengan anggota barisan hadapan yang melakukan sekatan jalan raya.”Saya ingin berpesan kepada semua anggota yang bertugas agar sentiasa menitik beratkan kesihatan dan keselamatan diri,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu kebajikan barisan hadapan terjaga dengan memastikan bekalan makanan dan peralatan perlindungan diri (PPE) mencukupi.”Sama-samalah kita menjaga diri dan keluarga, di samping memberi kerjasama baik kepada barisan hadapan yang bertugas demi rakyat Malaysia,” katanya.

COMMENTS