Covid-19 : Negeri fasa 2 PPN catat peningkatan mendadak kes baharu

Covid-19 : Negeri fasa 2 PPN catat peningkatan mendadak kes baharu

Covid-19 : Negeri fasa 2 PPN catat peningkatan mendadak kes baharu. Jangkitan Covid-19 hari ini mencecah rekod tertinggi baru 17,786 kes dengan tanda-tanda virus itu mula merebak secara agresif di luar Lembah Klang.

Ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,11,272 kes, maklum KKM.

Sebanyak empat negeri dan wilayah persekutuan mencatat jangkitan baru melebihi empat angka – satu trend yang pada masa lalu kebanyakannya cuma terlihat di Lembah Klang.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur, negeri-negeri yang menyaksikan lebih daripada 1,000 kes termasuk Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

Negeri

Menghampiri ambang kes empat angka ialah Negeri Sembilan (929 kes) dan Terengganu (883 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 6,400 (407,419)
WPKL – 1,962 (123,027)
Johor – 1,144 (90,683)
Sabah – 1,035 (84,721)
Sarawak – 485 (76,728)
Negeri Sembilan – 929 (71,491)
Pulau Pinang – 713 (45,833)
Kedah – 1,389 (45,631)
Kelantan – 580 (42,994)
Perak – 775 (37,679)
Melaka – 697 (31,366)
Pahang – 653 (24,436)
Terengganu – 883 (16,948)
WP Labuan – 9 (9,661)
WP Putrajaya – 116 (3,951)
Perlis – 16 (704)

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/585324

BACA :Watak seperti Haji Hadi wajar disingkir dari politik negara