Covid-19 : Masyarakat diminta tidak salahkan sektor industri – Sanusi

Covid-19 : Masyarakat diminta tidak salahkan sektor industri – Sanusi

Penularan kes Covid-19 melibatkan sektor industri tidak semuanya berpunca daripada tempat kerja atau sektor perkilangan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masyarakat hendaklah berlaku adil membuat penilaian atau tuduhan terutama melibatkan fakta yang kurang tepat.

Katanya, orang ramai tidak boleh menyalahkan sektor industri sedangkan kes jangkitan Covid-19 kebanyakannya berlaku di tempat penginapan dan asrama pekerja.

BACA JUGA : https://www.inforakyat.net/gempar-95142-syarikat-dapat-kebenaran-miti-untuk-beroperasi-sepanjang-lockdown/

“Asrama dan tempat penginapan pekerja berada di bawah Akta 446 Kementerian Sumber Manusia dan bukannya di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI),” katanya pada sidang media secara atas talian selepas mesyuarat Exco hari ini.

Covid

Data yang dikeluarkan MITI sebelum ini menjelaskan jangkitan berpunca daripada sektor industri, kilang dan tempat kerja hanya 5.76 peratus manakala selebihnya kluster tempat tinggal.

Malah terdapat video dimuatnaik seorang pemimpin politik di Kedah, mengecam tindakan MITI yang dikatakan menyebabkan kes positif Covid-19 meningkat di negeri itu kononnya berpunca sektor industri di Sungai Petani.

Penjelasan itu sebagai menjawab tohmahan masyarakat yang menyalahkan MITI kerana membenarkan sektor industri beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sedangkan kata Sanusi MITI bertindak tegas dengan mengenakan kompaun kepada 176 kilang di atas kesalahan berkaitan pematuhan SOP.

“Oleh itu sekiranya mana-mana pihak ingin mendapat keterangan lebih lanjut boleh menghubungi kementerian terbabit untuk penjelasan,” ujarnya.

Berita Penuh :https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/23/penularan-kes-covid-19-berlaku-di-asrama-pekerja/