Covid-19 : Kita sudah bazirkan setahun, kerana tak mahu mendengar – Anwar

Covid-19 : Kita sudah bazirkan setahun, kerana tak mahu mendengar – Anwar

Covid-19 : Kita sudah bazirkan setahun, kerana tak mahu mendengar .Tiada satu pun kajian baik dari dalam mahupun luar negara mencadangkan pelaksanaan darurat sebagai salah satu cara untuk menangani COVID-19.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melaksanakan darurat sebenarnya hanya menunjukkan tiada kesediaan daripada pemimpin untuk mendengar hujah dan menilai dengan lebih teliti.

Anwar memahami tugas menangani pandemik bukan mudah, namun, beliau mengingatkan pemimpin untuk tidak angkuh dan hanya berpendapat pandangan sendiri sahaja yang betul.

“Menangani masalah ini (COVID-19) tidak mudah, benar tetapi ia memerlukan juga sikap agak tawaduk, jangan terlalu angkuh di kalangan pimpinan untuk merasakan pandangan mereka semua sudah cukup pintar sehingga tiada kesediaan untuk lebih inklusif, mendengar pandangan orang lain.

Covid-19

“Ada sedikit perubahan sekarang tapi kita dah bazirkan setahun, tidak mahu mendengar. Hanya sesetengah orang memutuskan dan itulah mesti dipatuhi, itulah yang terbaik.

“Padahal kita tahu di kalangan luar negara sedang mencari, meneroka idea baharu untuk menangani masalah ini,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah beliau, berdasarkan kajian dari luar negara, masalah kemiskinan dan perbezaan antara golongan kaya dan miskin menyebabkan krisis pandemik semakin memuncak.

“Kalau kita lihat di negara kita, yang paling banyak positif, yang paling banyak meninggal dunia dan paling banyak Brought In Dead, mati masa sampai ke hospital, itu kelompok yang miskin, tiada peluahttps://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-satu-pun-kajian-cadang-darurat-selesaikan-covid19-kata-anwar-319730ng untuk kemudahan kesihatan.

“Kita harus ingat selagi tak dapat tangani masalah kemiskinan, selagi kesenjangan itu berlaku terus-menerus, selagi projek khas kemiskinan itu hanya token, sedikit-sedikit pada satu masa, selagi itulah tak dapat selesaikan apa epidemik sekalipun,” tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-satu-pun-kajian-cadang-darurat-selesaikan-covid19-kata-anwar-319730

BACA: Ketua gerakan antivaksin dilapor menginggal dunia setelah positif Covid-19