Covid-19 kini berjangkit ke Kementerian Sumber Manusia pula

Covid-19 kini berjangkit ke Kementerian Sumber Manusia pula

Kementerian Sumber Manusia hari ini mengesahkan seorang kakitanganya disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Katanya dalam kenyataan, kakitangannya itu disahkan positif pada 4 Okt.

Bertindak atas perkembangan itu, kementerian mengambil langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan.

Kontak rapat dalam kalangan kakitangan juga menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah.

“Langkah proaktif seterusnya diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran. Sebagai langkah tambahan, swab test akan dilaksanakan kepada pegawai,” katanya.

Sementara itu, semua program kementerian itu ditangguh berkuatkuasa serta-merta sehingga 16 Okt.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak dapat dibendung,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/07/kementerian-sahkan-seorang-kakitangan-positif-covid-19/