Covid-19 : Khairuddin nasihatkan rakyat Malaysia agar patuh arahan kuarantin

Covid-19 : Khairuddin nasihatkan rakyat Malaysia agar patuh arahan kuarantin

Menteri Komoditi hari ini mengingatkan orang ramai agar mematuhi perintah kuarantin apabila diarahkan berbuat demikian.

Menerusi status facebooknya beliau menulis, “Covid-19 bukan bahan murahan politik. Ia musibah yang perlu ditangani bersama oleh seluruh rakyat. Tahniah pada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bertugas menangani situasi. Patuhi SOP penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.”

Tambah beliau lagi “Arahan kuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin apabila diarahkan oleh KKM perlu dipatuhi oleh semua. Berdoalah agar pandemik ini berakhir segera. Berdoalah agar mereka yang positif segera sembuh. Bantu rakan dan jiran yang terjejas ekonomi akibat covid-19.”

Khairuddin yang sebelum ini terpalit dengan isu tidak kuarantin setelah pulang dari Turki telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana dianggap double standard dalam melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Siasatan terhadapnya masih berjalan hingga kini dan netizen melabelkan inilah kes paling rumit untuk diselesaikan kerana siasatannya mengambil masa berbulan-bulan sedangkan rakyat biasa terus didakwa dan dijatuhkan hukuman.

Sumber :