Covid-19 : Bukan setakat pesakit, kerajaan juga jangan berahsia

Covid-19 : Bukan setakat pesakit, kerajaan juga jangan berahsia

Siaran temu bual di ASTRO AWANI bersama YB Dato Dr Dzulkifli Ahmad, bekas Menteri Kesihatan, semalam mendedahkan sekali lagi betapa sikap berahsia Kerajaan Perikatan Nasional mengundang bahaya serta masih ketinggalan jauh kebelakang dalam menangani krisis COVID-19.

Dua minggu lepas saya telah menggesa Kerajaan mengambil sikap yang lebih proaktif supaya menyiarkan senarai kampong asal peserta tabligh Sri Petaling supaya penduduk tempatan boleh lebih berhati-hati ke surau, masjid dan tempat awam kampong berkenaan. Dengan sikap terbuka Ini akan memberi orang ramai di tempat berkenaan membuat pilihan menjauhi tempat-tempat tertentu. Ramai rakyat bolih di selamatkan dari jangkitan.

Lagi pun kalau kerajaan boleh mendedahkan kawasan hitam bandar besar di Petaling Jaya dan Lembah Pantai, kenapa tidak kampong desa asal peserta tabligh Sri Petaling ?

Saya telah menggesa Kerajaan mencontohi Korea Selatan yang telah berjaya mengawal merebak Covid-19 dengan mengamali polisi sikap terbuka, telus dan berkongsi maklumat dengan rakyat, iaitu sikap- “openess, transparency and keeping public fully informed”.

Sikap kuat berahsia dan suka mengklasifikasi maklumat penting sulit lebih mirip cara negara Komunis Korea Utara atau Republik China.

Kesan negatif berahsia isu tersebut hari ini terbukti apabila mangsa Covid-19 dari kelompok Tabligh Sri Petaling masih terus muncul, ia itu lapisan ke empat jangkitan, masih di jumpai selepas lebih sebulan acara tabligh tersebut selesai.

Temu bual Dr Dzulkifli semalam mendedahkan sekali lagi sikap kerahsiaan dan kurang kerjasama Kerajaan Malaysia enggan berkongsi maklumat dengan pasukan khas Covid- Selangor di bawah Dr Dzulkifli.

Dr Dzulkifli di lantik oleh Kerajaan Selangor atas kepakaran dan pengalaman beliau sebagai mantan Menteri Kesihatan di mana krisis Covid masih di bawah kawalan semasa waktu beliau.

Permintaan untuk berkongsi maklumat umum tertentu tidak dilayan oleh kerajaan Malaysia untuk kajian terperinci walaupun Selangor merupakan negeri paling tinggi jangkitan Covid-19.

Isu politik Selangor yang berada dibawah kerajaan Pakatan Harapan tidak patut menjadi faktor pada musim dharurat ingin menyelamat nyawa rakyat Malaysia..

Sikap Mentri tertentu bermain politik dengan hanya ingin mengaut publisiti pribadi seperti meletakkan gambar mereka di bahan bantuan dan menuntut segala kredit menangani krisis Covid ini amat mendukacitakan dan memalukan.

Sehingga kerajaan PN Malaysia mengubah sikap kuno minda tertutup dan berahsia ini, kita akan mengalami masalah besar mengatasi krisis global Covid ini.

Dengan berkongsi maklumat dengan Selangor, ianya akan juga membantu menyelamatkan Malaysia kesuluranhannya.

Walaupun kerajaan pusat menyeru kerjasama rapat semua pihak tampa mengira fahaman politik untuk mengatasi krisis Covid ini, amalam yang di praktikkan amat berlainan sekali.

Sementara Negara maju antarabangsa lain mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan pihak NGO dan swasta dalam menghadapi krisis ini, kerajaan Malaysia sebaliknya ingin menghadkan penyertaan mereka dan mengarah ianya mesti hanya melalui kerajaan. Ini berbau politik kepentingan diri semata mata dan ianya akan hanya melambatkan bantuan di hantar dan nyawa akan terus terancam.

Kerajaan dan Menteri-menteri yang baru mengambil alih kerajaan lebih mementingkan pubisiti diri dan politik dari memberi tumpuan penuh dan menyegerakan bantuan untuk rakyat.

Pengumuman luar biasa yang tidak membantu dan mengelirukan rakyat dari Menteri Kesihatan tentang cara mengatasi jangkitan Covid dengan meminum air suam dan juga kenyataan serta aksi Menteri-menteri lain yang mengaitkan watak Doremon dan mengenakan pakaian ala angkasawan, yang lebih di perlukan di wad kecemasan, amat mengecewakan rakyat.

Sehingga Menteri-menteri kerajaan mengambil sikap kurang mementingkan diri dan politik sempit, masalah krisis kesihatan global ini susah untuk di atasi dengan baik.

Demokrasi yang matang di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain pun sedang bergelut berhadapan krisis Covid ini.

Kerajaan Malaysia hari ini yang menyamar sebagai negara demokrasi, yang tidak di pilih oleh rakyat, perlu berhenti bersikap mementingkan diri melalui politik murahan.

Negara dan dunia ini terancam kemusnahan keseluruhannya dan jika Perdana Menteri dan Menteri -menteri kita masih belum sedar betapa seriusnya krisis yang kita hadapi, Malaysia berhadapan masalah yang amat besar.

Pemimpin Negara hari ini mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang di tengah tengah krisis Covid menular dan mereka patutnya telah bersedia dan tahu cara menangani krisis secara bertanggung jawab.

Nakhoda yang sanggup mengambil alih untuk mengemudi kapal di laut yang sedang bergelora mesti bersedia dan mampu membawanya ke perairan yang tenang dan selamat.

Jika Kerajaan yang tidak di pilih oleh rakyat, dan tanpa sebarang manifesto, ini masih berangan-angan untuk terus memerintah negara tanpa ada arah tuju serta kepimpinan yang di perlukan, Negara kita sedang menuju ke arah kemusnahan.

Raja Bahrin Shah