Covid-19: 15 kluster tempat kerja lagi dikesan – Dr Hisham

Covid-19: 15 kluster tempat kerja lagi dikesan – Dr Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster baharu Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 15 kluster tempat kerja, tujuh berkaitan komuniti serta masing-masing satu kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

kluster

Kluster itu dikesan di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

BACA JUGA : https://www.inforakyat.net/gempar-95142-syarikat-dapat-kebenaran-miti-untuk-beroperasi-sepanjang-lockdown/

Perincian kluster adalah seperti berikut:

Kluster Industri Jalan Bacang (Gombak) dengan 38 kes
Kluster Tapak Bina Warisan Puteri (Sepang) dengan 65 kes
Kluster Jalan Perdagangan Alam Jaya (Kuala Selangor) dengan 19 kes
Kluster Jalan Enam Selatan Dua (Sepang, Kuala Langat, Petaling, Klang, Hulu Selangor, dan Hulu Langat) dengan 92 kes
Kluster Jalan Bandar Satu (Gombak) dengan 25 kes
Kluster Industri Jalan Kidamai Dua (Hulu Langat) dengan 18 kes
Kluster Industri Perusahaan Utama (Hulu Langat) dengan 30 kes
Kluster Industri Jalan Macalister (Timur Laut dan Seberang Perai Utara) dengan 21 kes
Kluster Tingkat Perusahaan 6A (Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan) dengan 14 kes
Kluster Industri Jalan Usaha Dua (Melaka Tengah dan Alor Gajah) dengan 31 kes
Kluster Jalan Mangga Satu (Melaka Tengah) dengan 25 kes
Kluster Jalan Raja Bot (Titiwangsa) dengan 19 kes
Kluster Jalan Kukuban (Titiwangsa) dengan 34 kes
Kluster Jalan Kempas Permatang (Johor Bahru) dengan 8 kes
Kluster Pasar Kemunting (Kuantan) dengan17 kes
Kluster Nanga Tada (Kanowit) dengan 107 kes
Kluster Jalan Kuala Tatau (Tatau dan Bintulu) dengan 22 kes
Kluster Sungai Kotak (Meradong) dengan 34 kes
Kluster Tanjong Lelengau (Pakan) dengan 52 kes
Kluster Lorong Tun Mamat Dua (Melaka Tengah) dengan 28 kes
Kluster Kampung Segambut Dalam (Kepong) dengan 70 kes
Kluster Jerung Surau (Marang dan Hulu Terengganu) dengan 33 kes
Kluster Jalan Sepang (Sepang) dengan 18 kes
KlusterTembok Jelebu (Jelebu) dengan 44 kes

Beliau berkata, sebanyak 2,690 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 851 daripadanya kluster aktif dan 1,839 lagi sudah tamat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/23/24-kluster-covid-19-15-babit-tempat-kerja-2/