Conteng meja kawan sendiri, pelajar perempuan gaduh besar di stadium

Conteng meja kawan sendiri, pelajar perempuan gaduh besar di stadium. Sebelum ini, tular sebuah video dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Kluang, Johor bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat.

Dua pelajar tersebut dipanggil dan telah memberi keterangan kepada pihak polis.

Meja diconteng jadi punca pergaduhan

Memetik laporan Kosmo!, Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian itu berlaku ketika pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti sukan di stadium berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu, dapat dilihat seorang pelajar perempuan sedang menyepak seorang lagi pelajar sambil dikerumun para pelajar lain.

Conteng meja kawan sendiri, pelajar perempuan gaduh besar di stadium

Turut dapat didengari, suara seorang lagi pelajar perempuan yang sedang menjerit seolah-oleh sedang menahan kesakitan akibat daripada disepak.

Menurut Abdul Razak, hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana salah seorang daripada mereka menconteng meja di dalam kelas.

Kejadian tersebut melibatkan dua pelajar perempuan berusia 15 tahun, siasatan awal berpunca daripada rasa tidak puas hati.

Salah seorang pelajar disyaki menconteng meja belajar dalam kelas pada sebelah pagi membawa kepada pergaduhan di stadium tersebut.

Pelajar yang terlibat telah dilepaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Video

BACA:

Geram dapat kentang sejuk, pemuda nekad tembak staff Mekdi

Tun Mahathir puji Khairul Aming dalam hantarannya

Penemuan tapak kaki ‘hantu’ berusia 12,000 tahun gemparkan penduduk