Colombia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kerana pemimpin rejim itu melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid dalam perang di Gaza.
“Hari ini hubungan diplomatik dengan negara Israel akan terputus…
kerana mempunyai presiden yang melakukan pembunuhan beramai-ramai,” kata Presiden Gustavo Petro semalam.
Perkara itu dimaklumkan ketika perhimpunan Hari Mei di Bogota yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Jika Palestin mati, kemanusiaan juga mati,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada orang ramai, yang sebahagiannya mengibarkan sepanduk pro-Palestin.
Hamas memuji langkah itu dan menyifatkannya sebagai kemenangan.
“Kami amat menghargai kedudukan Presiden Colombia Gustavo Petro… yang kami anggap sebagai kemenangan atas pengorbanan rakyat kami dan tindakan adil mereka,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, menggesa negara Amerika Latin yang lain untuk mengikutinya.
BACA: Mamak persis Ejen Bakar animasi Ejen Ali bikin netizen berdekah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio