Cikgu pening tengok drama mak ayah masa ambil duit bantuan sekolah

Cikgu pening tengok drama mak ayah masa ambil duit bantuan sekolah. Umum sedia tahu kerajaan memberikan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Seorang wanita melalui Facebook Nia Firdani berkongsi tangkap layar komen guru mengenai perihal ibu bapa ketika menerima wang BAP.

Walaupun duduk sebumbung, tindakan seorang bapa mengambil duit bantuan tanpa pengetahuan isteri antara isu paling besar dikatakan sering berlaku.

Duit yang diambil pastinya tidak akan sampai di tangan anak untuk membeli keperluan.

Cikgu pening tengok drama mak ayah masa ambil duit bantuan sekolah

Malah ada situasi di mana bapa sudah lama menghilangkan diri daripada dihubungi isteri dan anak tapi boleh datang ke sekolah untuk menuntut wang tersebut.

“Yang lagi kejam bapa yang dah lama menghilang, tiba-tiba datang nak tuntut duit anak.

“Isteri dan anak lihatdari jauh sambil mata berkaca,” komen seorang pengguna Facebook.

Cikgu pening tengok drama mak ayah masa ambil duit bantuan sekolah

Tidak hanya itu, ada juga cikgu yang dimarahi kerana membenarkan si suami mengambil duit anak tanpa kebenaran si isteri.

Duit bantuan: Ibu geram bila cikgu macam sengaja bagi kurang RM50, bila cek group whatsapp rupanya ramai terkena

Ini menimbulkan drama yang akhirnya terpaksa dihadapi seorang guru, mungkin sekolah boleh ketatkan lagi sistem agar bantuan ini dapat digunakan anak-anak dan bukan ibu bapa mereka.

Di bawah dikongsikan tangkap layar situasi-situasi yang berlaku semasa penerimaan duit BAP.

Tangkap layar mengenai duit BAP

BACA:

Pelaburan makin mencanak naik bawah PMX, Intel pula nak labur RM30 Billion

Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”