China sumbang 500,000 vaksin Sinovac kepada Malaysia

China sumbang 500,000 vaksin Sinovac kepada Malaysia

China sumbang 500,000 vaksin Sinovac kepada Malaysia. Malaysia akan menerima sumbangan sebanyak 500,000 dos vaksin keluaran Sinovac daripada kerajaan China, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, kesemua vaksin tersebut akan tiba di Malaysia pada pertengahan bulan ini.

“Ini sekali gus akan terus meningkatkan kapasiti dan kadar vaksinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada bulan ini dan seterusnya,” katanya ketika sidang akhbar perkembangan PICK di sini pada Isnin.

vaksin

Pada masa sama, Khairy berkata, bekalan vaksin Pfizer yang akan diterima pada bulan ini melalui perolehan terus kerajaan Malaysia adalah sebanyak 5,428,800.

Menurutnya, jumlah itu termasuk sumbangan daripada Amerika Syarikat yang telah tiba pada pagi Isnin iaitu sebanyak 1,000,350 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6.4 juta.

“Bagi Sinovac, kita akan menerima keseluruhan lebihan bekalan pada bulan ini sekali gus melengkapkan jumlah tempahan sebanyak 12 juta dos.

“Vaksin AstraZeneca pula, selain daripada 1 juta dos sumbangan oleh kerajaan Jepun yang diterima pada Jumaat lalu, kita juga telah menerima 586,700 dos melalui perolehan oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan vaksin yang akan digunakan dalam PICK pada bulan Ogos dan seterusnya ialah Pfizer dan AstraZeneca.

Jelasnya, ia tidak termasuk CanSino yang tarikh penghantaran penghantarannya masih belum diketahui
.
Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148212/KHAS/Covid-19/China-sumbang-500000-vaksin-Sinovac

Jika Anda terlepas: Pekerja McD letak jawatan beramai-ramai