Dalam era moden ini, banyak pelajar mungkin tertarik untuk mencuba aktiviti pertanian tetapi terbatas oleh kekurangan ruang atau tanah.
Dalam artikel ini, kita akan mempelajari kaedah ini memberikan peluang kepada anda semua untuk menanam pokok daun bawang tanpa bergantung kepada tanah yang luas.
Cara-caranya:
Ambil 4 sarang telur, tekan dan padatkan.
Buat lubang di setiap sarang. Pastikan lubang tembus hingga ke lapisan ketiga. Lalu basahkan sarang telur.
Letak potongan bawang dalam setiap sarang telur. Kemudian siram bawang dan bekas telur.
Tempatkan di tempat yang mendapat sedikit cahaya matahari sudah mencukupi. Tetapi jika diletakkan di tempat teduh, elakkan dari menyiram terlalu banyak untuk mengelakkan serangga muncuk.
Semburkan air 2 kali sehari, pagi dan petang (pastikan bekas telur tetap lembap) hingga daun bawang tumbuh dan siap dipotong.
Kaedah ini memerlukan masa sekitar 2-3 minggu untuk tumbuh dan boleh disemai. Selama proses ini, berkemungkinan beberapa bawang tidak tumbuh.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.