Cara suami ini bahagiakan isteri sendiri walaupun berkereta buruk dipuji. Setiap wanita mengimpikan seorang suami yang dapat membahagiakan diri mereka walaupun bukanlah dari golongan kaya. kadang kala, hidup dalam kesederhanaan ini lebih gembira kerana tiada sebarang beban.
Wanita juga bukanlah semuanya mahu hidup dipenuhi dengan emas permata kerana bagi sesetengah daripada mereka, mendapat suami yang bertanggungjawab dan pandai menjaga hati isteri lebih memadai.
Beri kejutan buat isteri
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @niesaregae apabila memuat naik momen bahagia diberikan kejutan oleh suaminya ketika mereka keluar bersama.
Letak hadiah mahal di bonet kereta
Apa yang menarik perhatian ramai adalah suaminya yang gigih melakukan kejutan istimewa dengan meletakkan hadiah serta bunga di bonet kereta.
Warganet juga turut memuji wanita tersebut kerana langsung tidak kisah menaiki kereta lama dengan suaminya.
@niesaregaeTerima kasih suami ku 🥲♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Kereta biasa2, tapi effort bahagiakan isteri memang A
Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dengan layanan baik suami wanita itu yang sedaya upaya menggembirakan isterinya.
Ia juga menjelaskan bahawa kebahagiaan itu tidak memerlukan kekayaan harta benda, cukup dengan membuatkan orang disekeliling kita rasa dihargai.
Tonton:
Berita Lain:
Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun
Tergamam keluarga ini bila kucing peliharaanya bawa masuk ular berkepala dua dalam rumah
Jebat Jayden curi tumpuan warganet, “Saya tak risau, saya tak risau…”