Cara memohon moratorium pinjaman bank

Cara memohon moratorium pinjaman bank

Cara memohon moratorium pinjaman bank. PENULARAN COVID-19 dan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih setahun lalu sememangnya memberi tekanan kewangan kepada rakyat.

Jika dahulu pelaksanaan PKP banyak menjejaskan golongan berpendapatan rendah (B40), kini tekanan kewangan juga semakin dirasai oleh golongan berpendapatan pertengahan (M40).

Selaras dengan ini, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menyahut permintaan rakyat untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman, atau moratorium, kepada lebih ramai pihak.

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

PEMULIH memperluaskan pemberian moratorium pinjaman secara automatik kepada semua golongan termasuk B40, M40 dan T20, di samping perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dengan pelaksanaan PKP.

jadual moratorium

 moratorium

Golongan yang layak menerima moratorium automatik dan dokumen sokongan yang diperlukan

Anda boleh menghubungi bank anda mulai 7 Julai 2021 untuk memohon moratorium ini.

Berikut adalah panduan daripada BNM untuk memohon moratorium pinjaman:

Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia

Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon

Berikan butiran peribadi dan butiran pinjaman/pembiayaan anda dan pilih bantuan bayaran balik pinjaman yang diperlukan

Teliti dan terima terma dan syarat

Bank akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari (untuk individu) atau 14 hari (untuk perusahaan mikro dan PKS)

Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan

Jika anda memohon untuk mendapatkan moratorium tahun ini, ia tidak akan menjejaskan rekod kewangan atau CCRIS anda.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/moratorium-pinjaman-ketahui-bagaimana-anda-boleh-memohon-306352

Jika Nada Terlepas: PPN : Ada negeri bakal beralih ke fasa 2?